• 2 years ago
Pemakaian ‘braces’ bertujuan untuk menggerakkan gigi kepada kedudukan yang lebih baik, dengan ini memperbaiki fungsi atau estetik , dalam kebanyakan kes , melibatkan kedua- duanya sekali.

Seringkali juga , pemakaian braces ini dikaitkan dengan kegigian dan senyuman yang cantik , dengan ini mempengaruhi psikologi si pemakai di mana ianya boleh menaikkan keyakinan diri seseorang.

Namun dengan peredaran semasa, segelintir masyarakat menjadikan pemakaian ‘braces’ ini suatu ikutan sehingga ada yang sanggup memakai ‘fake braces’ agar diri kelihatan unik dan trendy.

Namun sedarkah anda bahawa ikutan itu memberi kesan buruk kepada keadaan gigi dan tahukah anda hanya doktor pergigian yang ditauliahkan sahaja layak memberi khidmat rawatan pemakaian ‘braces’.

Sebagai pengguna anda perlu ada sedikit pengetahuan sebelum memakai ‘braces’ dan punyai kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan gigi.
Ikuti kupasan lanjut mengenainya dalam siri Doktor & Anda (DNA) Selasa, 26 Julai 2022, jam 3 petang bersama Dr. Hazlina Ishak, dari Klinik Pergigian Hazlina.

Tonton secara LIVE melalui:

Facebook Sinarplus: https://bit.ly/38GWnfO

Youtube: https://bit.ly/3yQMdDU

#DoktorDanAnda
#DNA

Recommended