Nasib Rohingya | Bangladesh sambut baik keputusan dicapai ICJ

  • 2 tahun lalu
Bangladesh sambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ICJ pada Sabtu, yang menolak bantahan awal Myanmar dan membenarkan kes pembunuhan jenayah kaum Rohingya atau genosid yang difailkan oleh Gambia, diteruskan.

Dalam satu kenyataan, Bangladesh berpendapat bahawa persoalan keadilan dan akauntabiliti antarabangsa akan menjadi kritikal dalam mencari penyelesaian kekal kepada krisis Rohingya.