Arca Jerami Padi | Tarikan baru di Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang

  • 2 tahun lalu
Arca jerami padi menjadi antara tarikan di Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0 yang berlangsung di Kampung Terus, Penanti Pulau Pinang.

Sebanyak 17 arca jerami padi julung kali dipamerkan pada pesta tersebut dan pengunjung dari dalam dan luar negeri tidak melepaskan peluang merakam kenangan sempena pesta padi yang berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.