Anugerah Pelancongan | Langkawi raih 'Asia Best Awards 2022'

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Langkawi yang terdiri daripada gugusan 99 pulau di luar pantai Kedah, berjaya merangkul anugerah peringkat antarabangsa 'Asia Best Awards 2022' dan diiktiraf sebagai satu daripada pulau terbaik di Asia Tenggara baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib, anugerah itu membuktikan usaha dan dedikasi berterusan pihaknya terutama sepanjang pandemik iaitu semasa ketibaan pelancong ke pulau itu berada pada tahap kurang memuaskan.