Pekeliling Baharu | Kerajaan kurangkan tempoh khidmat wajib doktor

  • 2 tahun lalu
Kerajaan menawarkan untuk mengurangkan tempoh perkhidmatan wajib doktor daripada dua tahun kepada satu tahun, manakala pegawai perubatan kontrak yang tidak mendapat jawatan tetap enam bulan selepas memohon, dibenarkan bebas daripada kontrak.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, doktor yang terlibat boleh memohon pengurangan, penggantungan atau pengecualian perkhidmatan wajib mereka.