Hina agama: JAWI tahan Nuramira, didakwa esok

  • 2 tahun lalu
Hina agama: JAWI tahan Nuramira, didakwa esok

BERITA SEMASA 19 JULAI 2022

Selepas dilepaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Sesyen di sini, wanita yang menimbulkan kontroversi semasa membuat persembahan di sebuah kelab komedi pada 4 Jun lalu ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada jam 10.30 pagi, Selasa.

Siti Nuramira Abdullah, 26, ditahan penguatkuasa JAWI selepas menandatangan Borang Jamin, ditemani peguamnya, Ramesh Chandran.

Mengikut prosedur, wanita itu akan ditahan oleh JAWI selama 24 jam sebelum didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah pada Rabu.

Dia akan dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Artikel: https://bit.ly/3oaZ51e

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa




Disyorkan