Pelajar Antarabangsa | Lebih 300 didakwa berdepan kelewatan terima visa

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Lebih 300 pelajar antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) didakwa lebih lima bulan berdepan kelewatan menerima visa, menyebabkan kumpulan terbabit tidak dapat melakukan perjalanan atau pulang ke negara masing-masing.

Kebanyakan pelajar yang dipercayai dari Timur Tengah, Afrika dan beberapa negara Asia termasuk Singapura dan Thailand cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan, bagaimanapun masih menemui jalan buntu.