PRU15 | Pemuda PBB berbesar hati jika calon muda ditambah

  • 2 tahun lalu
Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berbesar hati sekiranya kepimpinan tertinggi parti itu dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhasrat menambah bilangan calon pemuda pada PRU akan datang.

Menurut ketuanya Miro Simuh, pihaknya bersedia untuk memainkan peranan lebih besar untuk berganding bersama pemimpin lama dalam mencorakkan politik masa depan Sarawak.