Hina Islam | Lelaki dan wanita akan dituduh di mahkamah

  • 2 tahun lalu
Lelaki dan wanita yang direman kerana disyaki menghina Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini, akan dituduh di Mahkamah Sesyen Cyber di Jalan Duta, Kuala Lumpur esok.

Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat Peguam Negara dan arahan untuk menuduh kedua-dua individu tersebut telah dikeluarkan.

Disyorkan