Tipu Jemaah Haji | Lima individu ditahan, polis gesa mangsa lain tampil

  • 2 tahun lalu
Polis menahan lima individu terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia antara 28 hingga 50 tahun bagi membantu siasatan kes penipuan jemaah haji yang terkandas pada Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah setakat ini 18 laporan polis telah diterima bahagian siasatan jenayah komersil IPD Wangsa Maju.