Pembelian Twitter | Elon Musk batal perjanjian AS$44 bilion

  • 2 tahun lalu
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc Elon Musk mengumumkan beliau membatalkan perjanjian 44 bilion dolar Amerika bagi pembelian Twitter Inc pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan, Musk berkata langkah itu diambil selepas syarikat gergasi media sosial itu gagal mengemukakan maklumat tentang akaun palsu di platform itu.