Jemaah Terkandas | MAIWP perjelas logo tular, nafi terbabit

  • 2 tahun lalu
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) menafikan terlibat dalam isu melibatkan lebih kurang 400 jemaah haji terkandas di Klia kerana tidak dapat berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam Khamis.

Itu penjelasan Pengerusinya Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang memberi reaksi mengenai isu berkenaan memandangkan terdapat logo anak syarikatnya, Maiwp Healthcare Sdn Bhd pada salah satu banner yang tular dalam media sosial.