SIBS 2022 | Sedia jadi destinasi pelaburan kompetitif ASEAN

  • 2 tahun lalu
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor 2022 (SIBS 2022) Oktober ini akan menyediakan persekitaran pelaburan dan perniagaan kondusif, selain mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pelaburan kompetitif di pasaran global khususnya ASEAN.

Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Datuk Teng Chang Khim, berkata inisiatif ini sekaligus membantu pemain industri tempatan dan antarabangsa pelbagai sektor meneroka potensi besar pasaran Malaysia dan serantau.