Jenayah | Suspek bunuh isteri, bayi direman 7 hari

  • 2 tahun lalu
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan berbogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu Johor bahru semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan penolong pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia, PDRM.