Minyak Masak Paket | Operasi audit, pemutihan di seluruh negara - PM

  • 2 tahun lalu
Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) akan melaksanakan operasi pengauditan dan pemutihan secara komprehensif, meliputi 22 pengeluar dan 305 premis pembungkusan semula minyak masak paket yang beroperasi di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi tersebut bertujuan mendapatkan status sebenar mengenai jumlah minyak masak paket yang dikeluarkan syarikat pengeluaran dan pembungkusan.