Pemancing Selamat | Hampir putus harapan, membayangkan hidup berakhir di lautan

  • 2 tahun lalu
Hampir putus harapan selain membayangkan hidup akan berakhir di lautan apabila tiada sebarang bantuan diterima selama seminggu selepas bot yang dinaiki mengalami kerosakan.

Bagi Zairi Nuruddin, 50 tahun, keadaan cuaca buruk membuatkan dia bersama sembilan lagi pemancing yang lain pasrah dan tetap mengharapkan bantuan segera tiba.