Ibadah Korban | JAWI umum ketetapan baharu ibadah korban

  • 2 tahun lalu
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 10 Julai bersamaan 10 Zulhijjah.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, itu adalah ketetapan baharu bersempena pelaksanaan ibadah korban di masjid dan surau.