FGV Holdings | Lantik perunding bebas bagi kaji imbuhan

  • 2 tahun lalu
FGV Holdings Bhd melantik perunding bebas untuk menjalankan kajian dan penanda aras membabitkan imbuhan pengarah bukan eksekutif.

Menerusi satu kenyataan, ia memaklumkan Pengerusi Bukan Eksekutif, Datuk Dzulkifli Abd Wahab, pada masa ini menerima wang tunai, yuran pengarah sebanyak RM300 ribu setahun atau RM25 ribu sebulan dan elaun kereta berjumlah 180 ribu setahun atau RM15 ribu sebulan.