Mesej Kesejahteraan | NGO Islam di Sabah perlu terus main peranan

  • 2 tahun lalu
Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam perlu memainkan peranan bagi memastikan hubungan kekeluargaan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama khususnya di Sabah terus terpelihara.

Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad berpendapat aktiviti dakwah Islam di sSbah wajar berjalan seiring dengan khidmat masyarakat bagi memastikan mesej Islam disampaikan sebaiknya.