Tiga Beranak Lemas | Jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad

  • 2 tahun lalu
Jenazah tiga beranak yang lemas di Sungai Muda berhampiran Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani- Baling selamat dikebumikan jam 5.45 petang ahad dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Az-Zaitun.

Selepas bedah siasat selesai dan dikafankan di Hospital Kulim, jenazah Masyitoh Ibrahim, 37 tahun, dan dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin dan Muhammad Ziyad Haziq masing-masing tujuh dan lima tahun dibawa ke rumah pusaka di Kampung Paya Kerchut, Bukit Pinang.

Category

😹
Fun

Disyorkan