PRU15 perlu disegera jika mahu bina kerajaan kuat - Hadi

  • 2 years ago
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berpendapat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan segera sekiranya mahu mengukuhkan kestabilan kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas kuliah pagi di Masjid Rusila, Marang, Terengganu hari ini.

Pada 16 Jun lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat tarikh yang sesuai bagi PRU15 diadakan adalah pada Julai tahun depan.

Sumber video: https://www.facebook.com/abdulhadiawang/videos/417477650266923

Recommended