Kenaikan Harga | Peniaga makanan bimbang jejas pendapatan

  • 2 tahun lalu
Peniaga makanan di Johor bimbang, sekiranya harga minyak masak melambung tinggi dan sekaligus menjejaskan perniagaan.

Kebimbangan itu disuarakan berikutan pemansuhan subsidi minyak masak botol yang dikuatkuasakan Julai depan.

Rata-rata penjual makanan yang ditemui menerusi tinjauan Astro AWANI di Johor Bahru memaklumkan, mereka terpaksa menanggung kerugian berikutan harga barangan yang semakin meningkat.