Tarif Elektrik | Kerajaan digesa tangguh kenaikan - Salahuddin Ayub

  • 2 tahun lalu
Kerajaan digesa untuk menangguhkan sebarang bentuk kenaikan tarif elektrik sehingga krisis kekurangan bekalan yang menyebabkan kenaikan mendadak harga barangan pulih kembali bagi melindungi pengguna.

Menurut Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 dan RM50 akan gagal membantu rakyat sekiranya kadar inflasi terus meningkat akibat kenaikan tarif elektrik.