Industri Koko | Sabah sumbang 59 peratus pengeluaran biji koko negara

  • 2 tahun lalu
Pelbagai strategi dirangka kerajaan Sabah untuk memastikan industri koko terus berkembang di negeri itu seterusnya menjadi penyumbang kepada pendapatan negara.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajijii Noor berkata, sebagai pengeluar utama biji koko, Sabah telah menyumbang 59 peratus pengeluaran biji koko negara dengan jumlah sebanyak 540 tan metrik pada tahun lepas.