Sungai Tercemar | Penduduk dakwa sisa pertanian jadi punca

  • 2 tahun lalu
Penyaluran cecair yang digunakan sebagai baja di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Kuala Jengai, Hulu Dungun menyebabkan air sungai tercemar dan berbau busuk.

Ia sekaligus menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang mendakwa aktiviti berkenaan mengakibatkan mereka terdedah kepada penyebaran penyakit serta kemusnahan ekosistem akuatik.