Musim Durian | Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau

  • 2 tahun lalu
Keenakan durian Balik Pulau yang dikatakan berbeza dengan durian dari tempat lain antara faktor penggemar durian sanggup menempuh perjalanan jauh ke Pulau Pinang semata-mata mahu menikmati kelazatan raja buah itu.

Meskipun harga sesetengah durian agak tinggi, namun mereka tidak lokek berbelanja dan ‘pejam mata’ asalkan dapat menikmati buah durian Balik Pulau.

Tinjauan Astro AWANI di Anjung Indah, Balik Pulau , mendapati dataran itu dipenuhi dengan penggemar durian yang mengambil peluang cuti hujung minggu berkunjung ke situ.