Larangan Merokok | Malaysia harap jadi negara pertama perkenal undang-undang

  • 2 tahun lalu
Malaysia berharap menjadi negara pertama di dunia yang menggubal undang-undang melarang aktiviti merokok terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 (generational end game) apabila cadangan perundangan penting itu dibawa ke Parlimen bulan depan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, jika diluluskan dan dikuatkuasakan dengan berkesan, ia boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik secara ketara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.