UNESCO | Bukit Bendera terima sijil pengiktirafan UNESCO

  • 2 tahun lalu
Bukit Bendera menjadi Tapak Rizab Biosfera ketiga negara selepas menerima pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berkata, dengan pengiktirafan tersebut, nama Pulau Pinang akan terus harum di mata dunia sebagai destinasi eko pelancongan selain dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.