Kesihatan | 9,474 kes tibi, meningkat 13 peratus berbanding 2021

  • 2 tahun lalu
Kes penyakit tuberkulosi atau tibi yang dicatatkan di Malaysia pada tahun ini sehingga 4 Jun lalu dilaporkan 9,474 kes.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali memaklumkan ianya menunjukkan satu trend peningkatan iaitu 13 peratus, berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2021.