Pencemaran | Air warna putih dikesan di Sungai Langat

  • 2 tahun lalu
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengarahkan sebuah premis kilang untuk segera menghentikan pelepasan efluen yang berpotensi mencemarkan aliran air sungai, serta melaksanakan kerja pembersihan segera agar pencemaran tidak berulang, susulan insiden air berwarna putih yang dikesan di Sungai Langat petang Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Hee Loy Sian berkata arahan tersebut, dikeluarkan luas kepada premis tersebut berdasarkan seksyen 121 (1) enakmen LUAS 1999 dan proses pembersihan sedang dilakukan oleh pihak kilang tersebut.