Kebebasan Bersuara | Tidak seharusnya disekat di Malaysia

  • 2 tahun lalu
Tiada sesiapa pun termasuk ahli politik mempunyai hak dan kuasa untuk menyekat kebebasan bersuara di Malaysia kerana ia adalah hak asasi manusia malah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kebebasan bersuara tidak seharusnya disekat di Malaysia namun pada sama ia perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab.