Startup Unicorn | Isu dana kewangan jadi kekangan utama

  • 2 tahun lalu
Isu dana kewangan menjadi kekangan utama dalam memajukan syarikat pemula di negara ini.

Rakan kongsi umum, Scale Up Malaysia, Aaron Sarma berkata kekangan dana sering dihadapi syarikat pemula apabila memerlukan modal pusingan.

Justeru, beliau berpandangan pentingnya kerjasama kerajaan menerusi syarikat pelaburan serta korporat dalam memastikan kelangsungan syarikat-syarikat ini.