Hari Keputeraan | Tangani defisit keyakinan terhadap negara

  • 2 tahun lalu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah sebarang defisit keyakinan yang wujud terhadap keupayaan negara perlu segera ditangani bagi membolehkan negara bangkit semula di persada dunia.

Seri Paduka bertitah negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil selain didukung oleh sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus yang cekap, telus, berintegriti, mesra perniagaan dan mesra rakyat.

Disyorkan