Keputeraan YDP Agong | PM merafak sembah ucapan “Dirgahayu Tuanku”

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan “Dirgahayu Tuanku” kepada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau juga berkata seluruh Keluarga Malaysia dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Al-Sultan Abdullah sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka.

Disyorkan