Ekonomi | Sesuatu yang amat buruk bakal berlaku - Elon Musk

  • 2 tahun lalu
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk ‘merasakan sesuatu yang amat buruk’ akan berlaku dalam ekonomi dan ada keperluan untuk mengurangkan 10 peratus pekerja di syarikat pengeluar kereta elektrik itu, katanya dalam satu e-mel yang dilihat oleh Reuters.

Satu mesej yang dihantar kepada eksekutif menyatakan kebimbangannya itu dan memberitahu untuk ‘menghentikan semua pengambilan pekerja di seluruh dunia’.