Kes Mahkamah | Abu Samah terus dapat kepercayaan terajui PKBM

  • 2 tahun lalu
Walaupun terpalit dengan kes mahkamah, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab masih mendapat kepercayaan semua ahli majlis untuk memimpin badan induk sukan berbasikal negara.

Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, mesyuarat majlis PKBM semalam yang dihadiri 16 Ahli, meluluskan undi sebulat suara menyokong penuh kepemimpinan Abu Samah yang menjadi presiden sejak 26 Februari 1990.