Pelancongan | Tidak lari dari pelbagai krisis

  • 2 tahun lalu
Bukan sahaja ancaman wabak seperti COVID-19 dan Cacar Monyet yang menjadi kebimbangan sektor pelancongan untuk terus pulih dan stabil di masa akan datang.

Jelas Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) Uzaidi Udanis, isu harga barangan yang semakin meningkat saban hari juga mungkin dapat membantutkan industri pelancongan untuk terus berkembang.