[TERKINI] Ibadat Haji 2022 | PM ucap selamata jalan kumpulan pertama Jemaah haji

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri yaakob hari ini menyantuni dan mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama jemaah haji malaysia yang akan berlepas ke tanah suci dalam pertemuan di Pusat Konvensyen Movenpick, Sepang.

Kumpulan terdiri daripada 295 jemaah haji itu akan berlepas ke tanah suci menerusi penerbangan Saudia Airlines SV 5635 pada pukul 1.35 petang hari ini, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).