Infrastruktur | Sabah diberi keutamaan pembangunan telekomunikasi

  • 2 tahun lalu
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan memberi keutamaan tinggi kepada Sabah dalam rancangan pembangunan telekomunikasi negara, kata menterinya Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata pada masa ini, lebih RM1 bilion telah diperuntukkan bagi melaksana pelbagai program di bawah program Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Projek Point of Presence (POP) serta pembekalan perkhidmatan jalur lebar di pedalaman Sabah.

Category

😹
Fun

Disyorkan