Jenayah | Lelaki bunuh bapa kandung dipenjara 7 tahun

  • 2 tahun lalu
Seorang lelaki dihukum penjara tujuh tahun hari ini oleh Mahkamah Tinggi Tawau selepas didapati bersalah menyebabkan kematian bapa kandungnya enam tahun lalu.

Zulhijam Ali, 27 tahun ketika kejadian dijatuhkan hukuman itu oleh hakim Mahkamah Tinggi Alwi Abdul Wahab selepas selesai mendengar penghujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan .