Azam dedah ada pembelian perubatan Covid-19 terpalit rasuah

  • 2 years ago
Beberapa pembelian peralatan perubatan dan ubat-ubatan semasa pandemik Covid-19 turut melibatkan unsur rasuah, dedah Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini.

Menurut Azam, SPRM menyiasat perbuatan rasuah dalam perolehan perkhidmatan perubatan, penyalahgunaan kuasa dalam mengalihkan bantuan dan pakej rangsangan serta penipuan berkaitan kualiti dan kuantiti peralatan perlindungan perubatan.