Ayam | Tindakan tegas terhadap peniaga jual lebih harga kawalan

  • 2 tahun lalu
Tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang didapati menjual ayam melebihi harga kawalan yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata tindakan peniaga menjual ayam sehingga RM12 sekilogram adalah satu kesalahan dan ia melebihi harga kawalan iaitu RM8.90 sekilogram.