Pandang ke Timur | Berjaya, harus kekal asas pembangunan Malaysia

  • 2 tahun lalu
Dasar pandang ke timur telah berjaya dan harus kekal sebagai asas kepada strategi dan program pembangunan Malaysia.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mohamad berkata dasar berkenaan memainkan peranan penting dalam perindustrian Malaysia dan memberi sumbangan yang ketara kepada pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh.

Justeru, Tun Mahathir berharap akan wujud pendekatan yang lebih menyeluruh terhadap pendidikan di bawah dasar pandang ke timur dan meneliti sistem pendidikan Jepun dari peringkat pratadika hingga ke universiti.