Hari Belia Negara | Lebih bertanggungjawab menjelang PRU-15

  • 2 tahun lalu
Penglibatan anak muda yang dilihat semakin meningkat dalam arena politik negara merupakan petanda positif dan perlu dikembangkan dengan lebih meluas.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menyampaikan perutusan sempena Hari Belia Negara 2022 berkata, penurunan had umur mengundi belia kepada 18 tahun membolehkan golongan itu menyemai sikap jati diri yang lebih bertanggungjawab menjelang Pilihanraya Umum akan datang.