Amal Besut | Sedia khidmat lapan kenderaan urus jenazah

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Pertubuhan Amal Komuniti Besut atau Amal Besut memperluaskan khidmat membantu masyarakat dengan menyediakan lapan kenderaan untuk penghantaran dan pengurusan jenazah secara percuma termasuk untuk bukan Islam.

Pengerusinya, Mohd Azizul Azli Mohd Sani berkata seramai 30 sukarelawan yang mendapat latihan serta pengiktirafan dari pejabat agama daerah untuk memandi dan mengkapan jenazah.