Sukan SEA Hanoi | Wendy Ng rangkul emas kelima, Ker Ying raih perak

  • 2 tahun lalu
Atlet terjun wanita negara, Wendy Ng Yan Yee sekali lagi beraksi cemerlang apabila menyumbang emas kelima buat negara pada temasya Sukan SEA ke-31 Vietnam 2021.

Kejayaan merangkul emas kedua peribadinya dalam temasya kali ini di perolehi menerusi acara tiga meter papan anjal wanita dengan jumlah mata keseluruhan 270.60.