Kesihatan | Kes denggi meningkat di Labuan

  • 2 tahun lalu
Sepuluh kes denggi dilaporkan di Labuan setakat ini tahun ini, peningkatan 100 peratus berbanding sepanjang tahun lepas yang hanya mencatatkan lima kes.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata Kampung Layang-Layangan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi susulan kebanyakan kes berlaku di situ.