Lemas Mandi Sungai | Mayat remaja 14 tahun ditemui sejauh 6.2 kilometer

  • 2 tahun lalu
Remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai hilang di kawasan rekreasi dan perkelahan Pasir Puteri, Sungai Lembing pada Jumaat, berjaya ditemui sekitar jam 6.10, petang Sabtu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, mangsa, Amirun Mohamad yang berbaju hitam dan berseluar pendek dijumpai sejauh 6.2 kilometer dari lokasi mangsa mandi.