Jenayah | Muat naik hubungan sulit suami, wanita maut dipukul

  • 2 tahun lalu
Seorang wanita maut akibat dipukul suaminya dipercayai kerana memuat naik di media sosial bahawa lelaki itu mempunyai hubungan sulit, dalam kejadian di sebuah flat di Cheras sehari sebelum Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa berusia 28 tahun itu dipercayai dipukul dengan tangan dan kaki serta senjata tumpul sehingga menyebabkan kematiannya.