Jalan Rosak | 227.3 km terdiri daripada jalan kritikal di Sabah

  • 2 tahun lalu
Selain itu, Kementerian Kerja Raya memaklumkan, terdapat lima kategori kondisi jalan persekutuan dengan jarak 1503.1 kilometer di Sabah.

Dalam jawapan bertulis kepada AWANI Borneo, menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, daripada jumlah itu, 227.3 kilometer terdiri daripada kategori 5 iaitu jalan kritikal dan pembaikan segera.